Friday, March 21, 2008

Book review : Singa Baru Dunia Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit tentang presiden Ahmadinejad sebagai warm-up.

Seorang yang zuhud, hanya memandu kereta Peugeot tahun 1970-an, enggan tinggal di rumah rasmi Presiden sebaliknya tinggal di kediamannya sendiri di pinggir bandar Tehran. Seorang jurutera sivil, pengkhususan dalam bidang traffic transportation planning. Pernah menjadi gabenor beberapa bandar kecil sehingga di zaman pemerintahan presiden Khatami,beliau tidak lagi dilantik menjadi gabenor di bandar Ardebil. Seterusnya beliau menjadi pensyarah beberapa tahun sebelum dilantik menjadi Datuk Bandar Tehran pada 2003. Semasa menjadi Datuk Bandar, beliau sering membantu menyapu jalan-jalan dan turun sendiri membersihkan longkang tersumbat. Seperti kita semua tahu, kehidupan beliau sangat sederhana bersama isteri dan tiga orang anak. Semasa menjadi Presiden, sering dilihat beliau tidur di atas lantai dan hanya makan roti kering ( TIDAK seperti presiden negara-negara lain).

Holocaust

Anda tahu tentang peristiwa Holocaust? Saya tahu ada banyak versi tentang kisah kontroversi ini, sampai ada sesetengah pihak menyimpulkan peristiwa ini bukannya benar-benar berlaku ataupun pastinya didalangi pihak-pihak yang ada kepentingan tertentu. Di Jerman pula, sesiapa yang tidak percaya peristiwa Holocaust boleh didakwa dan dihukum penjara. Tapi mungkin ramai yang tak tahu peristiwa berdarah Holocaust ini berkait rapat dengan perampasan negara Palestin sehingga hilang terus dari peta muka bumi ini, dan diganti dengan negara Israel.

Salah satu pandangan kontroversi Presiden Ahmadinejad adalah berkaitan dengan pendiriannya yang meragui kewujudan Holocaust. Dalam buku ini turut dilampirkan terjemahan temubual beliau dengan sebuah majalah terkemuka Jerman, Der Spiegel.

Holocaust dikaitkan dengan pembunuhan lebih kurang 6 juta orang berketurunan Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Nazi. Selepas peristiwa itu, Jerman berasa bersalah ke atas golongan Yahudi dan bertindak menyokong perampasan negara Palestin oleh Israel 60 tahun yang lalu, sekitar Perang Dunia Ke 2. Negara-negara pro- Israel juga kebanyakannya berlandaskan alasan yang sama untuk menghalalkan pencerobohan Israel ke atas Palestin. Yang menjadi persoalannya, jika Jerman yang bersalah, kenapa negara Palestin menjadi mangsa?

Jika lebih 60 juta orang yang terbunuh dalam Perang Dunia Ke 2 dan sekiranya Holocaust benar-benar terjadi, kenapa 6 juta orang Yahudi itu yang difokuskan dan perlu dituntut bela? Bagaimana dengan mangsa perang yang lain?

Ini adalah antara soalan-soalan yang tak dapat ditemukan jawapannnya sehingga ke hari ini. Yang menjadi mangsa adalah 5 juta rakyat Palestin yang diusir dari tanah mereka sendiri, dan akhirnya hidup merempat di Lubnan, Jordan dan wilayah-wilayah sekitarnya. Itu belum cerita bab penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai di kem-kem pelarian Palestin, termasuk yang paling memilukan tragedi di Sabra dan Shatila ( saya berhasrat menulis mengenai ini sedikit masa lagi, memandangkan saya sedang dalam proses menghadam buku Dari Beirut ke Jerusalem, karya Dr Ang Swee Chai).

Pendirian tentang kuasa nuklear

Kita tahu Amerika Syarikat lantang mengkritik tentang kuasa nuklear yang dihasilkan oleh Iran. Ahmadinejad menegaskan terdapat 140 ahli IAEA (International Atomic Energy Agency) termasuk Iran, tetapi mengapa hanya Iran dikritik tentang penyelidikan kuasa nuklearnya? Iran merupakan negara yang paling memberi kerjasama dalam pemeriksaan oleh badan ini. Sehingga 2000 orang datang membuat pemeriksaan, 1000 dokumen ditunjuk dan kamera dipasang di setiap ceruk kawasan pembuatan senjata nuklear. Bagaimana pula dengan negara-negara besar lain, yang sentiasa merahsiakan penyelidikan senjata nuklear mereka?

Sebab itu Presiden Ahmadinejad sangat dikenali dengan kata-katanya (setelah diterjemah):

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya. mengapa kamu(Amerika) pula boleh memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh menggunakannya?"

Ini hanya secebis dari informasi dalam buku ini, kalau nak baca pinjam saja dari saya ok.

Sumber :

1. Ahmadinejad, Singa Baru Dunia Islam, M Labib, I. Muharam, M Kazhin, A Hamzah, PTS Publications

2. http://www.globalsecurity.org/military/world/iran/ahmadinejad.htm

3. http://www.iaea.org/

4 comments:

manggishitam said...

dulu aku pernah terbace. ade pendapat cakap yg zionis mmg plan mende Holocaust ni. pastu bekerjesame ngan Hitler. Yg jadik mangse Holocaust ni adelah yahudi German yg bukan zionis. yg setia kat German dan tak mahu pindah ke negara2 lain. So mereka sume dibunuh, tinggalkan yahudi yg zionis dan pastu satu dunia kesian kat yahudi. bile dah kesian senang skit derang nk takeover palestin. gune reverse psychology + sacrifice own people skit --> semua orang lebih fokus kat Holocaust instead of perangai jahat derang kat bumi palestin.

tataula ape yg benar2 terjadik. tapi bile fikir2 balik cam ade logik jugak. ntah ah

danialle said...

salam,

sy xtahu kenapa sy merasakan pendapat golongan minoriti lbh meyakinkan dlm hal ini. mungkin ini disebabkan berdasar kpd sejarah lampau. apa2 pun pandangan yg sy akan lontarkan ini mgkin jarang2 di dgr atau mgkin sudah diketahui umum. ia mgkin betul dan mgkin juga salah.

kita maklum ttg isu Iran dan Amerika ni dah lama. terutama semenjak ahmadinejad jd presiden sampai la skrg. hub amerika dan iran sentiasa tegang. Amerika ancam nk serang iran dan iran beri amaran akan serang kepentingan amerika di negara2 arab supaya amerika akan rugi besar etc. kadang2 nampak spt mereka bersandiwara; dari dulu sampai skrg.

kita mgkin tertipu dgn sandiwara ini kerana peranan media yg begitu efektif mggambarkan betapa tegangnya hub kedua belah negara itu; saling kecam-mengecam satu sama lain. tambahan lg dgn perbezaan karektor yg sgt ketara - peribadi ahmadinejad yg bersih dan sederhana vs amerika yg zalim dan kejam.

sebenarnya amerika hanya menghapuskan negara islam yg boleh memberi ancaman kpd mereka shj. mereka tdk risau dgn negara yg tdk memberi mereka ancaman. dan negara yg boleh mengancam mereka itu ialah negara yg terdiri drp ramai golongan sunnnah/sunni. sebabnya sejarah mencatatkan golongan yg berjihad menentang kezaliman adalah golongan sunnah. tdk pernah sejarah mncatatkan gol syiah berperang menentang org kafir/kristian atas nama islam (kecuali sejarah baru:hizbullah di Lebanon. itupun sebab mereka mempertahankan wilayah mereka). selama ini yg menentang rome, parsi adalah gol sunnah shj. gol sunnah lah yg membuka empayar islam dlm dunia ini.

malangnya iran bukanlah negara sunni, malah terkenal pula dgn negara syiah. dan terkenal pula dgn krisis pembunuhan terhadap gol sunni yg tinggal di sana. gol sunni juga ditindas oleh gol syiah, malah tdk ada satu pun masjid sunni di tehran. semuanya masjid syiah. org sunni seolah2 menjadi org kelas bawahan di sana.

sejarah mmg mencatatkan dari dulu sampai skrg, org syiah byk membunuh org sunni. malah mereka juga pernah mgkhianati perjanjian damai dgn gol sunni. berdasarkan sejarah yg buruk inilah, sy rasakan amerika sbenarnya sedang bersandiwara dan berkomplot secara senyap dgn iran. supaya dunia islam keseluruhannya melihat iran sbg kuasa besar islam yg bertindak sbg hero kpd umat islam seluruh dunia.

kita bimbang suatu masa nanti amerika akan mggunakan iran sbg alatnya utk mghapuskan umat islam seluruh dunia. ambillah pengajaran drp tindakan org syiah di iran yg byk membunuh atau menyeksa sehingga cacat hampir kesemua ulama sunni di sana selama ini. bacalah sejarah yg betul, jgn mudah terpengaruh dgn media kawalan barat.

ini mungkin cuma andaian. tp sejarah mmg mencatatkan hub syiah dan sunni tdk pernah baik. setelah beratus2 ancaman dan ugutan amerika utk menyerang iran, tdk ada satu lagi pun serangan yg dibuat. dan setelah beratus2 kali iran menyatakan kebencian kpd amerika dan menentang amerika, tdk ada satu lg pun tindakan iran yg boleh kita katakan sbg hero islam dlm menentang kezaliman amerika. mungkin ramai yg tdk sedar bhw amerika dan iran hanya berperang mulut shj selama ini.

sy bimbang kita selama ini cuma menjadi buah catur mainan media yg dikuasai amerika. itu cuma pandangan. mgkin sy ada ter'miss' fakta2 tertentu yg menyebabkan sy berpandangan buruk sebegini. lgpun sy tdklah mengikuti secara kerap isu amerika-iran ini. kalau salah boleh diperbetulkan. namun pandangan yg sy lontarkan itu sedikit sebanyak mgkin boleh memberi check and balance kpd kita.

pun begitu sy benar2 berharap andaian ini salah dan jauh tersasar. semoga apa yg media gembar-gemburkan selama ini adalah hakikat yg sebenar. dan semoga iran benar2 muncul sbg hero kpd dunia islam.

cukup setakat itu sj. sy tdk mahu menyentuh ttg selok belok dan pengajaran yg boleh kita dpt drp kisah saddam hussin dan iraq. sy juga tdk mahu menyentuh ttg betapa teruknya akidah syiah dan betapa bencinya syiah kpd para sahabat. perkara ini terlalu panjang utk dibincangkan. sy sekadar memberi cetusan utk kita lebih mengkaji.

sekali lagi, sy harap semoga andaian buruk sy tentang iran ini sama sekali salah. namun harus juga diingat, ia bkn sekadar andaian tp juga bacaan sejarah.

Allah juga yg maha mengetahui.

Shierrahh Ivy said...

terima kasih atas komen, hazel dan danialle. good point of views.
hazel : ye btul, ada 2 golongan yahudi snang cerita kita kategorikan mereka yahudi `baik' dan zion. memang yahudi `baik' ni sendiri meragui kebenaran ndan hujah tentang holocaust, dan sesetengah mereka siap dipenjara kerana tidak bersefahaman dgn pihak majoriti (zion).
danialle : ya saya pun pernah baca dari pandangan yg saudara lontarkan. bagi saya soal sunni dan syiah itu suatu perkara yg amat mendalam utk dibincangkan, dan kemunculan ahmadinejad walaupun tak berapa jelas kesan `heronya' tapi tetap beri impak kepada umat Islam dan bukan Islam seluruh dunia. bukanlah saya mengagungkan ahmadinejad tapi cuma ingin meniup semangat para pejuang dan penyokong Islam yg lain.memang prinsip saya tak akan mengambil sesuatu bulat2 tanpa usul periksa, jadi marilah kita sama2 sentiasa mengambil tahu dan menilai dari segala sudut tentang isu ini. terima kasih sekali lagi atas komen anda yg sgt membina.

skatemalaysia said...

Syiah bukan Islam la..mana leh kata mazhab..kalau korang kata mazhab..then kristian pun mazhab...depa sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidka percaya nabi Muhammad raul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...