Wednesday, April 15, 2009

English ke Bahasa Melayu?

Sebenarnya ni isu tentang PPSMI. Tapi saja taknak letak tajuk PPSMI sebab bosan dan macam dah muak (tapi tulis juga kan). Dah berzaman orang berdemo pasal PPSMI ni baru saya nak komen kan? Itulah, pada mula lagi sejak PPSMI ni timbul, saya tak faham apa relevannya. Tapi kerajaan terus melaksanakannya. Rasanya saya mula perasan pun masa adik saya ambil subjek EST (English in Science and Technology) dan cakap ramai kawan-kawan dia tak dapat A subjek tu. Lepas tu 2 tahun kemudian, tanya pula sepupu dia ambil tak EST, katanya cikgu cakap ni subjek tak wajib ambil. Pulak. Besar kemungkinan sebab takut peratus lulus dan rekod semua A (straight A’s) sekolah jatuh sebab ramai orang tak lulus EST.

PPSMI diperkenalkan kononnya supaya nak budak-budak pandai Inggeris, jadi bila bekerja lebih kompeten dan senang diterima syarikat multinasional.Tapi betul ke PPSMI ni jalan terbaik?

Saya memang tak sokong PPSMI, tapi saya sokong budak-budak belajar cakap bahasa Inggeris paling kurang masa sekolah menengah. Waktu sekolah rendah, bagi saya budak-budak ni baru nak belajar benda-benda asas. Ikutlah lidah (mother tongue) masing-masing, apa yang dibelajar di rumah, yang diajar oleh mak ayah (dan atuk/nenek/bibik?). Sebab tu sebelum ni selain sekolah Melayu, ada sekolah Inggeris, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Tapi kalau dah sendiri pilih, contohnya anak Melayu yang ibu bapanya masukkan ke sekolah Cina, memang kena ambil masa sikitlah untuk sesuaikan diri. Awalnya memang susah, tapi lama-lama dah biasa dan jadi senang. Budak-budaklah katakan, mudah sangat untuk terima pelajaran dan pengetahuan baru.

Fikir balik, bukankah konsep ni sama je dengan usaha kerajaan melaksanakan PPSMI? Supaya para pelajar sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris sejak kecil dan penguasaan mereka semakin baik bila dah besar.

TETAPI, konsep orang Melayu masukkan anak ke sekolah Cina, atau orang Cina masukkan anak ke sekolah Melayu, mungkin relevan untuk yang di bandar. I would say orang di bandar tiada masalah untuk PPSMI, mereka yang memilih sendiri corak pembelajaran anak masing-masing, tak kisah bahasa pengantarnya Inggeris atau Melayu.

Tetapi macam mana dengan mereka yang tinggal di luar bandar? Anak-anak orang bandar mungkin dah biasa diajar oleh ibu bapa tentang terma-terma Sains, belajar asas Matematik, dan zaman sekarang, ramai ibu bapa dah melatih anak-anak kecil bercakap bahasa Inggeris (walaupun kadang-kadang bahasa Inggeris sendiri berterabur).

Anak-anak di luar bandar, bahasa pengantarnya majoriti masih lagi Melayu. Perkataan sains usah cakaplah, sangat jarang didengar. Matematik pun setakat kira pakai jari. Maksudnya asas sebelum masuk sekolah kurang kukuh, sebab tu la nak masuk sekolah darjah satu supaya cikgu boleh ajar. Tapi kalau dah cikgu ajar terus bahasa Inggeris, budak-budak ni kena mula dari kosong. Lebih teruk kalau cikgu tu pun bahasa Inggerisnya tunggang langgang. Ada sesetengah budak pula jenis malu bertanya pada cikgu, balik rumah tanya pada mak ayah. Sudah kalau mak ayah pun tak faham, macam mana tu?

Sebenarnya bagi saya, terpulang kepada cara ibu bapa mendidik anak-anak dan persekitaran anak-anak tu sendiri. Kalau dari kecil dah rancang nak didik anak cakap bahasa Inggeris, kita kenalah belajar juga supaya taklah ajar `home-made English' kepada anak-anak. Grammar kena betul, vocabulary kena banyak dan penggunaannya tepat.

Kita sering dengar ibu bapa sekarang ajar anak kecil kononnya nak cakap English, tapi Englishnya sepatah dua je. Contoh macam `Come, come. Eat,eat’ bila nak suruh anak makan. Ataupun `Amin good boy kan. Sit,sit. Mama nak eat kejap’ bila anak taknak duduk diam. Perkataan yang digunakan seharian ni yang akan diingat oleh budak-budak, takut nanti dah terbiasa dan bila besar nanti ujian English pun teruk, Melayu pun hancur!

Still, you all can argue on that. Baguslah daripada tak tahu langsung cakap Inggeris kan. Sepatah dua jadilah. Apa-apa pun, terpulang. Tapi saya sokong bahasa pengantar Inggeris diguna di universiti. Sebab secara umumnya asas pengetahuan tu dah ada, contoh fizik, matematik, kimia (kalau ambil kejuruteraan) jadi taklah susah sangat walaupun kena usaha lebih sikit untuk faham istilah dalam bahasa Inggeris dan buku-buku rujukan tebal tu. Eh, nanti isu bahasa kebangsaan pulak, perpaduan lagi. Hmm, the choice is yours. Asal rajin belajar, usaha, ikhtiar dan tawakkal, insya Allah berjaya. Tak kisah la pandai English ke tidak, kan?

(Memang isu lama dan well-known. Saja terasa nak kongsi)

2 comments:

Hannah said...

aku rase baek belaja in bm. dulu pun terkontang kanting nk paham, skang ni aku rase lagi la susah kut. tatau la kan sbb aku tak pernah plak merasai blaja sains ngan math in english kt skolah. tapi kat uni aku rase okeyy aje. maybe sbb kt skolah dah paham so tinggal translate ngan expand the knowledge aje..

bile a samad said pun da berkempen, aku rase lagi baekla ppsmi tu dimansuhkan.. (bykla duit rakyat membazir lagi kan?)

Shierrahh Ivy said...

yup aku setuju. untuk budak2 yg memang cakap melayu kat umah cam aku, mmg aku setuju sgt blaja kat skolah in BM. Yea benar, kesimpulannya PPSMI ni wajarlah dimansuhkan..go go pak samad!