Tuesday, September 12, 2006

REMPIT-MEREMPIT


Salam~

Harini saya serumah agak lewat ke pejabat.Tapi tak mengapa, sebab syarikat kami bekerja mengamalkan polisi fleksibel iaitu para pekerja boleh tiba ke pejabat dalam lingkungan masa 8 ke 8.30 am, tanpa punch card dan sewaktu dengannya.Best kan? Tapi jangan pula ambil kesempatan, kalau tak macam mana nak jadi pekerja contoh.Hehe.Namun yang menariknya ada hikmah di sini, iaitu saya sempat mendengar komen seorang pemanggil budiman dari Bangi, yang menyatakan komennya mengenai tingkah laku Mat Rempit dalam rancangan MHI, TV3.

Pemanggil itu bermula dengan mengkritik tindakan Pemuda UMNO yang seperti memberi `green light’ dan sokongan padu kepada Mat-Mat Rempit seMalaysia.Jadi Mat Cemerlang la pulak.Seharusnya perkara tu tak sepatutnya berlaku, sebab Mat Rempit ni akan rasa bangga macam, oh, Pak Menteri dan Naib Pemuda UMNO ni pun sokong kita, kita buat je la aktiviti kita ni!
Akhirnya esok pagi tu kita boleh lihat keganasan yang dilakukan oleh mereka ni dengan memecahkan cermin kereta penduduk yang sound mereka bising pagi-pagi buta pukul 5 pagi (Rujuk pendapat yang di link kan ni).Pemanggil ni seterusnya menekankan konsep membawa `Mat-Mat Cemerlang' ni kepada agama, ajak merek ake surau, masjid dan sebagainya untuk solat jemaah.Sebab penekanan rohani ni sangat penting dan paling efektif sebelum melakukan anjakan paradigma (rujuk pos saya `Paradigm Shift’ yang terdahulu). Ni tidak, (kata pemanggil ni lagi) mereka tu adalah singgah kejap di surau dan basuh-basuh muka, rehat jap (sebab letih sangat merempit) kemudian sambung balik aktiviti `cemerlang’ mereka tu.Kesimpulannya (yang dibuat pemanggil itu), kita perlu buat apa sahaja cara untuk menyedarkan mereka ni, bermula dari `root cause’ (pengisian rohani).Kalau semua cara tak jalan juga, kita haraplah mereka ni kena sambar petir..
Begitu la lebih kurang saya dapat cerita keseluruhan, ditokok tambah sikit supaya lebih sedap (tapi part kena sambar petir tu saya tak tambah tau, memang dia cakap begitu). Reaksi pertama sahabat saya, `Pemanggil ni mesti orang surau ni....’ (sebab dia ada sebut dia sering berbincang tentang ini di surau bersama kawan-kawannya).Tak kesah lah, orang surau, manusia juga.Yang penting manusia ni tahu dan prihatin dengan anal muda sekililingnya.

Nevertheless, bagi saya, memang saya respect sangat pada pakcik yang buat panggilan ni.Dia tak takut nak berkata benar di salah sebuah saluran utama Media Prima (yang kita tahulah siapa pemiliknya kan).Tu pun sebab panggilan ni dibuat secara langsung, kalau tak mungkin juga penerbitnya berkira-kira untuk menyiarkannya (mungkin lah kan..).Saya juga dapat lihat tiga pengacara rancangan itu agak terkedu dan terkesima mendengar ulasan pemanggil ni, dan reaksi pertama salah seorang mereka `Wah, sampai begitu sekali ye tindakan yang hendak dibuat..’(merujuk kepada pendapat mengharap mat rempit disambar petir).

Apalah masalah mat rempit ni sebenarnya ?Tak takut mati, dah banyak sangat amal agaknya.Menyusahkan orang lain, kalau mati sorang-sorang takpe jugak.
(ni komen saya tanpa banyak berfikir. Seterusnya adalah komen saya selepas lebih banyak berfikir).

Mungkin mereka ni tak sedar apa yang mereka buat, dan dapat mencapai kepuasan maksimum dengan memukul orang atau merosakkan harta benda orang yang dianggap threat kepada mereka.Tapi saya sokong apa yang pemanggil tu cadangkan ,kita kena mula dengan pengisian rohani. Ramai orang ingat pengisian rohani tu berat sangat, ikut ceramah agama, usrah, kuliyah di masjid dan sebagainya.Padahal pengisian rohani tu kita boleh mula dengan perkara-perkara yang sangat mudah.Contohnya baca doa sebelum makan.Yang ni saya yakin ramai yang amalkan sebab dari kecil kita dah diajar baca doa sebelum makan.Mungkin mat rempit ni semua belajar kot masa di tadika, tapi dah lupa.Kemudian dia boleh terfikir, sebenarnya bukan kena baca doa sebelum makan je, kena baca doa sebelum buat apa-apa je perkara (rujuk Hadis pertama dalam Hadith 40 : Setiap amal bermula dengan niat).Kemudian mat rempit ni bolehlah start baca doa naik kenderaan sebelum mereka pergi merempit.Lepas tu, lama-lama hati mereka akan lembut dan mudah dapat hidayah, seterusnya akan sedar kewajipan bersolat, then mula ke surau,masid, dengar kuliyah..dan seterusnya seterusnya (baca : etcetera).It sounds funny though, but it is certainly true.

Inilah tugas kita sebenarnya, membantu dan menyokong mereka dengan kembali ke pangkal jalan, kemudian baru mereka sedar sendiri dan akhirnya maklum bahawa merempit tu tiada faedahnya, kemudian berhenti merempit, sehingga hauslah media-media di Malaysia ni sebab tiada kisah mat rempit lagi.Semua dah bertaubat.Bukannya menyokong dengan `rebranding’ mereka dengan frasa `Mat Cemerlang’, mereka sebagai aset negara dan sebagainya.Rasa-rasanyakan, sepupu saya yang 4 tahun tu pun tak setuju kalau kata mat rempit ni aset negara.Rasa-rasanya lah...

Saya memang tiada hutang dengan mat rempit ni sampai nak fokus kepada mereka begitu sekali (despite the fact that Penang ni memang penuh dengan mat-mat rempit yang kamikaze, over-acting dan perasan hebat sampai membuatkan kita selalu membebel sorang-sorang dalam kereta), tapi sebabkan pemanggil budiman yang saya dengar komennya pagi tadi,sayapun terpanggil nak buat pos ni.Ni belum cerita pasal filem REMP-IT lagi, yang secara tak langsung menyebabkan bertambah banyak penganjuran lumba haram di KL(sekarang galak di Alor Setar pula) walaupun dengar khabar filem ni meraih rating yang tinggi (lebih 3 juta !hebat tu, bagi sebuah filem Melayu).Sudah lah adegan-adegan panas yang tak perlu dipertontonkan yang ada dalam filem tu, siap ada dalam trailer promo di tv lagi.Mujurlah saya tiada adik kecil, kalau tak payah juga nak menjawab soalan-soalan itu dan ini.Jemmm............. !!

Saya akhiri pos ini dengan video di sini supaya anda semua boleh lihat betapa HEBATnya golongan ni.Lepas tu boleh nilai sendiri dan renungkan lah ya...^_^

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Post yang menarik. Sekadar menambah, saya ada terbaca tentang kelab motor yang ditaja oleh Pemuda PAS. Nama kelabnya tidak saya ingati, tapi masih baru. Adakah kerana ingin bersaing dengan Putera UMNO?

Tapi yang penting, pengisian dan matlamat Pemuda PAS dan Putera UMNO berbeza. Kan?

fish said...

salam..saya tertarik dengan tulisan anda..menarik dan mantap.cuma saya agak terkilan,sebab saudari semestinya bukan mat rempit atau arif pasal mat rempit kan..saya bukan nak mengkritik saudari,cuma nak membawa saudari pergi ke satu sudut yang lain..pendapat saya..cuma sekadar berkongsi..

mereka ni susah nak dekati,apatah lagi nak bawa ke surau atau dengan kata lain berdakwah ikut uslub dakwah yang macam kita semua kehendaki..cuba ajak,mat rempit,"jom pergi surau aku nak kasi kau ceramah agama la,ajar cara solat akidah akhlak smua..ni basic je ni..jom ah.." agak2 boleh tak? kalau tak sepuluh orang seorang dapat tak? saya tak cakap cara ni salah.memang ni cara yang kita nak,tapi cara yang kita nak tu,kita kena slow..tarik sikit2..pendek kata walaupun saya tak sokong tindakan putera umno (perbetul fakta anda,bukan pemuda umno)..tapi tindakan mereka cuba ke arah kebaikan.tak betul cara mereka,tapi mereka cuba..mungkin langkah seterusnya boleh ajak ke surau dan sebagainya lakukan pengisian rohani..

ini langkah permulaan yang cukup baik.sebaliknya,ada kah ada pihak lain (pemuda pas?) yang buat aktiviti mendekati golongan ini? cubala kita (anda dan saya sendiri) discuss idea utk bantu golongan muda ni..maksud saya,jangan sekadar kritik sebab dimana2 pun ada kelemahan..kita lah,yang kena perbaiki kelemahan tu..kalau kita tak mampu nak buat sendiri kita bantu utk perbaiki! jangan cakap tak elok,tapi takde idea tak perelokkan..ini satu cabaran utk anda semua dan diri saya..saya akhiri kalam..salam perjuangan utk shahira..maaf atas pendapat saya yg serba lemah ini..

nor_shahira said...

waalaikumsalam..thanks for your feedback.Rasa gembira gak sebab ada yg sudi baca dan komen blog ni^_^..
untuk komen anonymous yg pertama,sy cuba cari maklumat ttg kelab motor tajaan PAS tu tapi tak jumpa..=( so harap kalau ada sesiapa yg tahu bleh share bersama di sini ok=P tentunya masing2 ada pengisian dan matlamat tapi saya tak bleh komen lebih2 di sini sbb sy takde maklumat ttg kelab motor tu untuk d evaluate..
untuk komen kedua, terima kasih kepada fish yg meng highlight kelemahan dan kelonggaran artikel ni...overall sy mmg setuju dgn apa yg anda katakan n sy akan try improvekan penulisan sy lepas ni.sememangnya sy bukan minah rempit (lesen motor pun takde lg..hehe) n saya juga berharap agar mat rempit sndiri akan baca blog saya ni n bleh suggest cara untuk atasi masalah mereka ni..=)