Wednesday, May 09, 2007

Ladies Day Out, Semoga Berjaya

Alhamdulillah, harini selesai my FYP presentation. Lega sebab dah habis walaupun teruk gak kena dengan Dr Rama tadi. Adakah patut saya terperangkap dengan soalan seperti `What's the definition of Jacobian matrix?' `How do you assure that the convergence is guaranteed?' OK, fine. Teringin gak nak belasah tapi teringat pesan SV, `kalo tak tau tu jawab je taktau, and I will figure it out later'.Huhu..overall presentation OK je la kot.Tapi tak kisah la, asalkan dah selesai:)

The best part is after presentation, joined Ladies Day Out with the rest of housemates dan beberapa orang lagi. Mereka dah pergi awal pagi lagi, sebab saya dan kawan present hari ni, kami datang lambat sikit. This is the most outreagous picnic ever.Sebab waktu tu dari kampus dah pukul 1 lebih..bila sampai sana bukak pintu kereta je hujan mencurah-curah. Dan cuba bayangkan kawasan picnic camne..penuh selut sana sini sebelum sampai tempat kejadian. Huhu tapi dalam setengah jam hujan berhenti jugak la. Hujan rahmat..dah lama sangat tak hujan:)

Ni la tempatnya:) Cuba teka kat mana?


Sebenarnya datang jugak walaupun dah lambat sebab asyik terbayang ayam barbecue dan makanan-makanan lain..hehe best. Another best part is acara solat berjemaah tepi air terjun..pergh syahdu betul. Yang lebih best lagi semua orang menggunakan kreativiti masing-masing sebab tak bawak proper telekung. Tapi tak kisah asalkan tutup aurat kan.. bukan wajib pun solat kena pakai telekung. Islam ni kan tak pernah bebankan umatnya..(still saya masih pelik, dah mudah camni pun,kenapa ramai orang masih malas solat?? Ntah laa..)


Last not least, selamat berjuang kepada semua warga kampus untuk final exam yang akan start minggu depan. As for me and my coursemates, struggle hard jugak la sebab ada 4 paper minggu depan..mantap betul. OK selamat berjaya kepada diri sendiri dan semua.. jangan lupa serikan usaha dengan doa, ikhtiar dan tawakkal OK? Sungguh senjata orang Islam adalah taqwa yang tinggi kepada Allah....:)

Seems familiar?? Hehe ni custom-version hehe

BERUSAHALAH!! (jerit dengan penuh bersemangat!)

1 comment:

Hazlina Hashim said...

gudlak exam!