Wednesday, November 07, 2007

Jom BERSIH!

Ini bukan isu kepartian, ini soal keadilan.

Sudahlah nak mengajak rakyat Malaysia mendaftar mengundi pun payah, yang dah daftar pula tiada hak untuk mengundi calon yang mereka rasakan betul-betul layak kerana karenah dan manipulasi pihak yang berkepentingan. Jadi bukankah wajar kita menyokong perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil ini?

Bukannya kita cuba melobi untuk pilihanraya ke apa, cuma menuntut SPR yang telus dan adil! Kalau di kebanyakan negara lain rasanya tidak perlu perhimpunan aman sebegini pun, kerajaan telah maklum tentang konsep demokrasi. Yang mana rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui proses pilihanraya. Negara kita negara demokrasi, bukan komunis/autokratik kan?? (err kan?although it doesn't seems like it nowadays..)

Teringat komen seorang pembaca dalam sebuah laman web tu. Kalau di England, perhimpunan aman macam ni siap dapat sokongan penuh dari pihak berkuasa. Polis yang tolong aturkan perarakan nak ikut jalan mana, nak belok jalan mana untuk memudahkan kawalan lalu lintas dan jaga keselamatan orang awam yang menyertai perhimpunan. Jadi saya rasa kita sebagai rakyat Malaysia, yang berpegang pada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undangdan adab sopan dan kesusilaan yang tinggi (rujuk Rukun Negara) lagilah wajar mendapat sokongan lebih lagi daripada mereka di England tu.

Meminjam peringatan dari laman Screenshots :

BERSIH is a congregation of 26 NGOs and 5 Opposition political parties from Peninsular Malaysia and Sarawak.
People must know that.
Wrong perception may allow the authorities to justify their actions later.

Jadi, anda berani? Jom BERSIH!

No comments: