Saturday, November 10, 2007

Syabas rakyat Malaysia!

(Sebarang percanggahan informasi dalam pos sebelum ini adalah sangat dikesali sebab terus update daripada laporan terkini pelbagai sumber semasa perhimpunan berjalan. For now, please stick to the most reliable sources. Terima kasih.)


Sumber gambar : Harakahdaily.net

Alhamdulillah, memo menuntut SPR yang bersih dan adil telah selamat diserahkan kepada DYMM Yang diPertuan Agong sekitar jam 4.00 petang tadi. Justeru saya merasakan peserta dan penganjur gelombang kuning hari ini wajar diberi `two thumbs up' atau tabik hormat kerana keberanian dan kegigihan anda semua meredah hujan lebat, water cannon dan gas pemedih mata dalam menyampaikan mesej kepada kerajaan. Juga saya optimis DYMM Agong kita yang bijak laksana tidak akan membakulsampahkan memo penting sebegini seperti yang telah dilakukan oleh barisan pemimpin negara.

DAULAT TUANKU!

Ulasan lanjut boleh didapati di laman:
selain laman-laman NGO, parti politik atau orang persendirian yang meyertai himpunan mega ini.
SYABAS RAKYAT MALAYSIA!

No comments: