Monday, February 11, 2008

More always than often

Kadang-kadang...
(more always than often)

Kesenangan itu satu ujian,
Kesusahan itu satu nikmat.

Saya pernah bertanya seorang guru tentang ini. Kenapa sesetengah orang tu jalan hidupnya dipermudahkan sangat oleh Allah, kita boleh lihat kehidupannya almost perfect.Contohnya mungkin seseorang itu dahlah pandai, cerdik, bijak, cantik dan berharta pula. Sesetengah pula hidupnya penuh cabaran dan dugaan, siap dengan kekurangan dan kelemahan yang ketara di mata manusia. Walhal kedua-duanya menuju matlamat yang satu, mencari keredhaan Allah.

Kemudian guru itu memberikan saya sebuah jawapan yang tak pernah saya terfikir sebelum ini. Katanya, Allah tahu kelebihan dan kekurang setiap insan. Allah juga telah ada perancangan yang terbaik untuk setiap manusia. Jadi mungkin seseorang itu dikurniakan nikmat kesenangan, dengan keadaan itulah hatinya lebih tawadhuk kerana mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dan mampu beriman kepada Allah dengan sebaik-baiknya. Begitu juga sebaliknya, apabila seseorang yang lain ditimpa kesusahan, mungkin keadaan begitu menjadikannya lebih menginsafi diri dan dekat kepada Allah, seterusnya menambahkan iman di dada.

Jawapan mudah, tapi tidak pernah saya terfikir.

Allah knows best ;)

p/s: Kepada yang mengutarakan soalan dalam ruangan komen baru-baru ni, diharap boleh memberi masa untuk saya membuat sedikit kajian sebelum saya memberikan pendapat. Terima kasih ;)

No comments: