Saturday, February 09, 2008

Terpulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidak lama dahulu semasa bersembang ala coffee talk dengan ayah saya, tiba-tiba kami menyentuh tentang suasana pentadbiran negara kita. Kenapa pemerintahan nampak goyah, kenapa sekarang nampak banyak sangat masalah. Dulu-dulu memang macam ni kah? Ataupun saya yang baru terasa kepincangannya sebab sekarang ni baru nak prihatin dan sensitif tentang masalah bangsa, masalah negara? Ayah saya tak memberi jawapan yang terus, tapi beliau menyentuh satu fakta yang menyebabkan saya tersedar. Beliau mengatakan negara kita ni dah 50 tahun diperintah oleh parti yang sama, tanpa sebarang perubahan tampuk pemerintahan.
Noktah.

Sebelum tu suka saya nak terangkan, ayah saya tidak berpihak atau berfahaman mana-mana parti politik, pendek kata orang neutral lah katakan. Dan kami pun suka berbincang tentang apa saja isu dan cerita, no restriction.

Berbalik kepada topik asal, hmm, rasanya negara mana lagi yang mempunyai sejarah politik lebih kurang dengan negara kita ya? Yang telah 50 tahun merdeka, tetapi tetap diperintah oleh parti yang sama selama 50 tahun. Menarik kan? Adakah parti memerintah negara kita memang hebat dan selamanya hebat, ataupun rakyat Malaysia memang anti-perubahan dan senang menerima apa saja yang disogokkan kepada kita?

Saya tumpang excited melihat perkembangan kempen Obama dan Hillary yang paling mutakhir menyaksikan kedua-duanya mendapat sokongan sama rata dari rakyat Amerika, untuk menjadi calon parti Demokrat untuk pemilihan presiden. Mereka bebas berkempen, bebas menggunakan media tanpa sebarang kongkongan.Bagi parti Republikan pula, Mc Cain dapat laluan mudah setelah dapat majoriti sokongan, kerana pencabar terdekatnya menarik diri.Nampak setiap pihak ada peluang masing-masing, dan terpulang kepada usaha dan strategi kem sendiri untuk menaikkan calon mereka.

Suasana macam tu kita boleh lihat di Amerika. Macam mana pula suasana di negara kita? Apa yang kita selalu baca dalam surat khabar arus perdana? Berbeza benar, macam langit dan bumi. Memang kalah menang adat pertandingan, tapi kalau belum apa-apa pun dah ada kes berat sebelah dan manipulasi oleh pihak-pihak tertentu, itu memang satu cerita lain.

Apa-apa pun terpulang kepada kita untuk menilai dan mentafsir...

No comments: