Monday, August 28, 2006

Keep up to date!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang gila akhbar..sebab rasanya sangat rugi kalau sehari saya tak dapat mengetahui perkembangan semasa dunia mahupun dalam Negara.Sampaikan saya sanggup membeli suratkhabar bila saja saya menjumpainya (sekiranya saya belum baca akhbar untuk hari itu).Lagipun saya kurang gemar baca akhbar online, sebab beritanya kurang lengkap dan semacam tiada `feel’.Haha.Saya pun pelik dengan diri sendiri.Rasanya sewaktu di kampus, jarang sekali saya berkesempatan untuk membaca surat khabar, hatta surat khabar nasional sekalipun (apatah lagi surat khabar alternative, kan). Jadinya sumber ilmu yang agak terhad dalam minda nilah yang menjadi pengaruh terbesar dalam pemikiran saya sehari-hari.Mujurlah hampir setiap minggu saya sering melakukan sesi perbincangan ilmu-ilmu agama dan perkembangan semasa bersama rakan-rakan dan senior-senior yang lebih arif ilmunya.Alhamdulillah.

Mungkin ada di kalangan kita yang secara `constant’ memang membaca surat khabar setiap hari,sampaikan kalau sehari tak baca rasa tak lengkap hari itu.Tapi seperti yang selalu saya pesan, kita sebagai mahasiswa tak boleh cenderung kepada satu bentuk pemikiran semata-mata.Kita perlu mencari pemikiran alternatif supaya kita dapat pertimbangkan baik dan buruk sesuatu berita atau isu.Kalau setakat mengadap surat khabar `biasa’ (BACA: Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, KOSMO..etc) sahaja, sampai bila pemikiran kita takkan berkembang kerana berita yang disajikan sama sahaja, Cuma bezanya pengolahan dan gaya penyampaian.Apa kata kita mulakan anjakan paradigma selain membaca akhbar-akhbar `biasa’, tapi kita tambah input dengan turut membaca akhbar-akhbar alternatif/blog-blog (yang boleh dipercayai sumbernya).Tapi AMARAN: Jangan ambil sumber sebarangan.Saya dah bagi amaran awal, jadi sebarang impak negatif yang berlaku saya takkan bertanggungjawab(lepas tangan ke saya ni?).Cuba rujuk kepada individu yang tahu dahulu sebelum membuat rujukan atas sumber-sumber terutama di internet. Antara website alternatif yang MUNGKIN boleh dirujuk adalah sini, sana dan situ(contoh-contoh ini adalah website yang lebih berkisar tentang politik..)

Sebelum ini saya pernah poskan satu entri berkaitan kewujudan AUKU yang (mungkin) menjadi penyebab utama kelesuan mahasiswa di universiti.Kurang semangat inkuiri, kurangnya sensitiviti untuk mengambil tahu dan menyertai program-program di kampus, kurangnya pengetahuan tentang isu-isu semasa, kecenderungan bersikap introvert dan lain-lain hal lagi.Kalau bertindak berani atau bercanggah pendapat sedikit akan dianggap bodoh, tunjuk pandai, pro pembangkang dan sebagainya.`Threat’ seperti akan ditarik biasiswa, tidak menjaga sensitiviti kaum, akan dikenakan tindakan oleh management, di `blacklist’ dan sebagainya memang akan kedengaran.Sudah tentu yang menjadi pengukur bagi saya adalah perkembangan di kampus saya sendiri, tapi saya turut membanding kan keadaan ini dengan perkembangan di universiti-universiti lain (antara aktiviti kegemaran saya jika ada masa lapang adalah melawat rakan-rakan saya di universiti lain..jauh perjalanan, luas pemandangan ^_^).Ternyata senarionya hampir sama, hanya segelintir yang tahu dan ingin ambil tahu tentang perkembangan semasa di sekitar kampus mereka.Yang selebihnya takut atau hanyut dengan dunia cinta dan keriangan budaya hedonisme yang cukup sinonim dengan jiwa mahasiswa pada zaman ini.

Soalnya, mengapa ini terjadi? Saya pun semasa di kampus mungkin tidaklah begitu memahami hakikat kepentingan pengetahuan am dan isu semasa, kononnya sibuk dengan tanggungjawab sebagai MPP dan sebagai pelajar yang sarat dengan kuliah,projek,`assignment’, report dan sebagainya,.Tapi sejak berpraktikal dan banyak masa melayari internet, saya merasakan pemikiran saya semakin terbuka,macam `seeing the world in the bird’s view’ kerana banyak isu untuk difikirkan bersama.Lihat saja dalam akhbar, ada berita penting dan berita remeh.Kadang-kadang berita remeh membayangi berita penting.Contohnya, akhbar hari ini yang membincangkan tentang pilihan penonton malam ini, sama ada siaran langsung perkahwinan Siti-Datuk K ataupun perdebatan hangat Mawi dan bekas tunangnya, Ina(sampai sanggup 2 saluran utama, TV1 dan Astro menyatukan kedua-dua individu yang dah saling tiada kaitan ini untuk program siaran langsung eksklusif ini).Berita lanjut boleh dibaca di sini.Jadi, penduduk Malaysia diberi pilihan untuk menonton dua program hangat yang dirujuk sebagai `agenda besar negara’..padahal apa relevannya kedua-dua program itu kepada kita?Saudara mara Siti atau Mawi,atau Ina ke kita ni?Dua-dua pun tiada impak ke atas masalah-masalah sebenar penduduk Malaysia atau Dunia amnya.Bukankah lebih baik fokus kepada isu Lubnan, Palestin, kontroversi Petronas dihalau di Negara Chad, keretapi KTMB yg tergelincir di Gemencheh, posting guru-guru baru yang masih `pending’ dan banyak lagi isu lain.Tapi seperti biasa, cerita-cerita ni memang laku dan boleh jual seperti goreng pisang panas.Ini pula masalah media massa Negara kita...-_-

Walau baik, buruk, penting atau remehnya sesuatu berita itu, kita tetap perlu ambil tahu hal-hal semasa yang berlaku di sekitar kita.Macamana nak tahu?Membaca lah..(sedangkan wahyu pertama yang diturun kepada Rasulullah pun menyuruh baginda membaca).Rasanya cara ini paling senang selain tak pernah ketinggalan mengikuti berita-berita nasional di televisyen.Tapi jika bergantung kepada televisyen sahaja untuk sentiasa `up-to-date’, tak elok juga.Macam biasa, sedangkan media cetak pun sering melaporkan berita berat sebelah, apatah lagi media elektronik.Lagilah parah.Jadi, kita ni kena rajin mencari sumber-sumber dari pelbagai perspektif, kerana akhirnya kita boleh menafsir sendiri mana yang hak dan batil.Sebab fitrahnya manusia pastinya inginkan kebenaran dan rasional di sebalik setiap isu dan berita, bukannya mentaklik membabi buta.Budaya taklik ni lah yang sejak akhir-akhir ini semakin menular bukan sahaja di kalangan mahasiswa,tapi di kalangan pak menteri kita sendiri..kasihan.

Kepada sesiapa yang kurang membaca atau mengambil tahu isu-isu semasa, rasanya masih belum terlambat untuk memulakannya.Kita sebagai generasi muda perlu penuhkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum menjadi peneraju agama dan bangsa pada masa hadapan.Jangan kita terlalu terikut-ikut dengan pemikiran kanak-kanak dan tidak matang seperti kita pada 5 tahun yang lepas…masanya untuk berubah.Selain surat khabar, mulalah berjinak-jinak dengan karya-karya penulisan mengikut genre yang diminati, sama ada politik,sastera, ekonomi, motivasi dan lain-lain lagi..yang penting ilmu di dada perlu ditambah dan di `refresh’ sehari ke sehari.

Ya,Saya sering mempunyai masalah untuk mengakhiri setiap pos saya..Contohnya seperti sekarang.Kadang-kadang penghuraian isu yang terlalu panjang dan menyentuh banyak isu-isu lain menyebabkan hilang fokus sebentar tentang apa yang diniatkan sewaktu memulakan pos ini.Jadi sekiranya ada yang menndapati pos-pos saya sedikit kelam-kabut dan hilang punca, harap maafkan.Harapnya niat untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini kesampaian mesejnya dan boleh diterima ramai.
Wallahua’lam ^_^.

P/S : saya terkilan betul sebab tak sempat daftar untuk SPR semasa pesta konvo kampus minggu lepas..sebabnya saya tak jumpa booth SPR -_- kawan-kawan lain semua dah daftar..hmm, nanti la saya daftar sendiri di pejabat pos/kaunter-kaunter bergerak SPR pula..=P

1 comment:

Shahira I. said...

Thanks re-arrange for the prompt feedback.Yeah the `threat' typo is my mistake~thanks for highlighting that!^_^ anyway what u said are also true, people have their own preferences and ways to gain information.Membaca ni hanya satu cara yang obviously my preference=P tapi yg penting, walau apa cara sekalipun, kita kena tambah pengetahuan kita..jangan jadik katak bwh mangkuk kaca!I'll work on your suggestion on cara mengadili media2 untuk dapat informasi..insya Allah=)