Friday, April 20, 2007

My new pet

Recently I've adopted a new pet.
(Kepada kawan-kawan seangkatan, tak payah bagitau binatang apa hangpa leh teka dah;P)

Perkenalkan...



(by the way, nama binatang ni di ilhamkan oleh Kak Aisyah dan di enhancedkan lagi oleh Amie.Ambik dah bagi kredit kat dua-dua.Huhu)

Bukan apa, saja teringat segala jenis binatang peliharaan yang saya pernah bela.Bukan banyak pun, seingat saya, saya pernah bela tiga ekor anak tupai dari kecik sampai la dah liar dan takleh contain dalam picnic basket.Kemudian seekor kucing yang melahirkan dua generasi kucing(dalam 3-4 ekor).Yang generasi terakhir,nama dia Comel.Dia merajuk sebab saya sekeluarga pindah rumah sementara dan tak bawak dia (sebab dia sibuk mengorat kucing-kucng betina sebelah rumah la).Yang paling baru pun tahun lepas, 2 ekor kura-kura yang dibela atas meja, akhirnya meninggal dunia selepas 2 minggu dibela kerana penyakit kulit (at least inilah conclusion saya selepas post mortem kematian mereka.Walaupun potensi lebih besar adalah kerana terlebih klorin di dalam air).

I always had this strange passion to binatang, sampai pernah dulu saya bercita-cita nak jadi vet sebab nanti boleh jumpa banyak binatang.Atau kerja kat zoo.Best!

Yang sebenarnya, binatang ni pun makhluk Allah juga.Kita kena sayangi.OK la kalau tak suka pun, at least kalau jumpa kucing tepi jalan tu jangan laa saja-saja sepak atau pijak ekor dia. Kalau kita bagi makan kat kucing atau hatta anjing tepi jalan sekalipun, dapat pahala juga sebab berbuat baik sesama makhluk.

Pernah dengar tak kisah ni?

Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai seekor anjing melolong kerana kehausan, kemudian dia membuka kasutnya dan mengisikan dengan air untuk memberi minum anjing tersebut sehingga merasa puas.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (kerana pertolongannya) serta mengampuninya. Lantas para sahabat bertanya: Apakah ada pahalanya kerana binatang ya Rasulullah? Jawab Nabi: Dalam tiap hati yang masih basah ada pahalanya." (Riwayat Bukhari)

Hebatkan? Oleh itu, sayangilah binatang di sekeliling anda..

2 comments:

fairyha said...

muahaha!
comey r kubikubi.. die ikut ckp. bile srh die masuk air, die masuk.. bile srh naik atas batu, die naik... comel ^_^

Shierrahh Ivy said...

bese la ci, aku train kubikubi tu ala-ala tentera gitu.sebab tu dia patut kepada arahan.hehe