Tuesday, September 04, 2007

Pelik ke tak pelik..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Orang kata kalau sesuatu perkara itu datang ke minda dan kuat gerak hati mengatakan untuk memberitahunya kepada seseorang, maka perlulah diberitahukan kerana ilham ni datang dari Allah. Jadi saya pun menulis tentang ini setelah semenjak dua ni perkara ini asyik berlegar di fikiran saya.


Begini, kadang-kadang saya terlupa atau buat-buat lupa untuk membawa telekung jika solat di RnR tol, surau atau masjid-masjid, namun itu bukanlah satu masalah kerana selain boleh meminjam telekung yang ada di situ, boleh saja saya solat tanpa memakai telekung, iaitu dengan memakai pakaian biasa sahaja. Memang antara tujuannya untuk tunjukkan kepada masyarakat konsep menutup aurat dalam solat yang sebenarnya, bukan wajib pakai telekung. Tapi ramai juga yang pandang-pandang, ataupun sebenarnya mungkin ramai orang yang pelik sebab saya solat tak pakai telekung, cukup sekadar baju kurung atau baju labuh ataupun oversized sweater. Persoalannya, kenapa ia dianggap pelik?


Sebenarnya ni dah seperti mindset masyarakat kita, kalau solat mesti pakai telekung. Wajib ke pakai telekung? Setahu saya yang wajibnya tutup aurat, bukan pakai telekung. Cuma berpakaian putih itu hukumnya sunat. Kalau masyarakat luar negara sudah biasa dengan perkara sebegini, terus sahaja bersolat dengan pakaian yang sedang dipakai. Di masjidil Haram, Masjid Nabawi atau di London Central Mosque sekalipun (mengikut kata ibu saya la, sebab saya tak pernah lagi pergi London. By the way masa solat Jumaat mak saya kata kat masjid ni memang ramai sangat orang, terasa cam kat negara Arab plak!) memang biasa je pemandangan macam ni.Bukankah kita sudah menutup aurat dengan pakaian kita tu?

Unless pakaian yang kita pakai tak tutup aurat dan pakaian kita tak sempurna sifatnya untuk syarat sah solat, memanglah kita tak boleh terus bersolat dengan pakaian kita. kalau setakat seluar kena tanah, kena debu atau basah sikit, ada masalah ke kita nak solat? Tak najis pun kan. Jangan lah kita tiba-tiba jadi rigid hanya sebab perkara-perkara remeh macam ni, sebab kita sendiri kurang ilmu sampai kita jadinya melengahkan solat atau paling teruk, tak solat langsung...(nauzubillah)

Di sini kita boleh juga menilai diri, adakah kita kena pakai telekung sebab sememangnya pakaian kita kurang menutup aurat? Itu saya tak boleh jawab, simpanlah jawapan masing-masing untuk muhasabah diri okay..

Tu la dia, ingat nak tulis sikit je tapi jadi panjang pulak. Semoga kita semua dapat ambil iktibar dan pengajaran, insya Allah.

Minggu depan dah Ramadhan..:)

4 comments:

Hannah said...

kat malaysia aje kut pelik hehe. aku skang nih semayang di mane sahaje. dlm kelas, atas padang, tepi bangunan. telekung buat berat beg ajer hehe. yg penting semayang. nk takut/malu ape pun hehe. n kat tpt aku blaja nih sll nye masjid tadek telekung pun huhu

Ainul Hafiz said...

Yang pelik lagi jelik adalah mereka yang menjadikan tidak menutup aurat sebagai alasan untuk tidak solat ketika berada di tempat-tempat awam.

Shahira I. said...

tuh la psl hazel..aku rase kat oversea ni lg membukakan mata kita sebagai org Islam nie..bagi rasa sikit cara nak lakukan ibadah kt tempat Islam minoriti...kan kan..good point juga di situ enol..bagus2

Amie said...

huhu.. tu la pasal.. sy solat x pakai telekung kt surau shopping complex pn.. org asek pandang2 je.. cara pandang tu macam ler sy x pakai baju.. bese la org malaysia, x kira benda tu salah ke betul.. yg penting ia adalah kebiasaan org ramai.. [huh]