Friday, September 07, 2007

Jahil Di Zaman Moden

Nampak tak? Nampak apa? Cuba zoom sikit gambar ni..

Ya tuan-tuan dan puan-puan, pada gambar ni, di sebalik bangunan terbengkalai tu ada padang yang luas kan? Bukan padang bola ye..sebab saiznya cukup besar dan memang well-maintained..rumput memang cantik! Ya benar, ini adalah padang lumba kuda.Gambar ni diambil dari bilik hotel masa saya berjumpa parents yang datang minggu lepas sebab ayah ada urusan kerja di Ipoh dan bermalam di Hotel Casuarina (sekarang namanya dah jadi Hotel Impiana Casuarina).

Saya memang tahu di Ipoh ada padang lumba kuda, tapi tak pernah tahu di mana tempatnya. Baru kali ni tahu, secara tak sengaja pula tu, itu pun setelah lebih 5 tahun di bumi Perak ni. Tempatnya memang bukan di tepi jalan besar, agak tersorok, tapi mungkin juga saya seorang je yang tak tahu tempat ni..(huhu). Mengikut kata ayah saya lumba kuda ni bukan dibuat setiap hari, malahan juga tak pun setiap minggu.Semua bergantung kepada jadual yang ditetapkan. Tempat-tempat lain yang ada padang lumba kuda ni tak silap saya di Singapura, Johor Bahru, K.L dan Penang. kalau perasan ada kalendar kuda yang selalu kita dapat free tu kan? Rupanya di situ kita boleh tengok jadual lumba kuda bagi minggu ni di mana, minggu depan di mana, bulan depan di mana.

Saya hairan sangatlah kan, kenapa zaman sekarang pun masih ada lumba kuda ni? Teringat apabila tengok cerita-cerita lama yang orang suka berjudi dengan melumbakan binatang, ataupun kebiasaan aktiviti orang Melayu dulu-dulu yang guna konsep ini adalah sabung ayam. Kasihan binatang-binatang ni, diseksa dengan dipaksa berlumba. Yang paling teruk binatang tu berisiko tinggi untuk cedera teruk atau disuntik dengan bahan kimia sebab kena berlumba kan..(mungkin la). Kemudian senang-senang manusia dapat untung kalau menang, duit haram pula tu. Tu tak kira yang rugi teruk sebab binatang yang dia bet untuk menang rupanya kalah.

Memang majoriti peminat judi lumba kuda ini bukan Islam dan saya hormati pandangan mereka tentang ini berdasarkan agama dan kepercayaan masing-masing, tapi kalau orang Islam yang buat benda ni sah-sah la berdosa besar(baca: berdosa masuk neraka!). Lagi satu, ikut logik pun, jarang kita jumpa orang yang kaya raya sebab menang judi, tak kisah la lumba kuda ke loteri ke. Kalau kaya pun sekejap je, pastu miskin balik sebab bet untuk pertandingan lain dan kalah pula. Tapi yang kita selalu dengar adalah orang yang kaya raya sebab menjadi tauke pusat perjudian, sebab tak kisah ada orang menang atau kalah, mereka tetap dapat banyak untung.

Inilah yang saya anggap kejahilan zaman dulu yang masih wujud di zaman moden ni. Saya juga hairan kepada kerajaan Islam Hadhari kita tak haramkan terus judi lumba kuda ni. Kenapa perlu kita negara Islam menyediakan padang lumba kuda yang khas untuk orang berjudi? Saya tak nak panjangkan hujah sampai ke Genting Highlands (pusat judi terulung), lambakan pusat judi BERLESEN di bandar-bandar besar dan di pekan-pekan kecil juga dan sebagainya..kita sendiri boleh fikirkan perkara-perkara ini. Marilah kita renungi, fahami, analisis dan mengambil tindakan sewajarnya demi negara kita yang tercinta ini..

Wallahua'lam.

Countdown ramadhan : 5 days more! (tak sabarnya!!)

1 comment:

FM said...

Saya memang tahu di Ipoh ada padang lumba kuda. Sebab saya biasa guna kalendar kuda (pasal tu la org panggil nama dia camtu). Cuma tak pernah tahu lokasi die kat mana.

Tapi tahun ni baru tahu. Sebab? Sebab saya slalu pegi KIDR (Kisdar Perak) yang betul2 terletak berhampiran. Sungguh ironi. Setiap kali perlumbaan, mmg ramai. Huhuuu. Parking die penuh abis.

Oh ya, padang2 ni dah lama ada. Masa belum merdeka lagi. Kalau cek akhbar Straits Times lama yg diulang cetak sebelum merdeka aritu, boleh tgk jadual lumba kuda tu satu muka. KLCC atas padang lumba. PGCC pun nak buat atas padang lumba. Jadi akan ada padang lumba baru lah. Hehehe. Nak buat macam mana, PM pertama dulu mmg suka lumba kuda. Dia siap kata, kalau perlumbaan jatuh masa 13hb, dia slalu menang. Lagi2 13hb hari Jumaat. Aduss.. mmg ironi. Sila rujuk Strait Times keluaran 31 Ogos 1957 utk artikel penuh.