Thursday, November 23, 2006

Dah mula dah


`Untuk kenduri nanti agak-agak berapa orang kawan nak datang ?’
`Tak ramai kot, dalam 10-15 orang je.Tapi tak confirm, tengok la nanti’
`Catering tak dapat, so mintak Ateh dan PakTeh jadi tukang masak.Tapi kita tolong sekali basuh pinggan dan kemas-kemas’
`OK, takde masalah.Berapa anggaran jemputan?
`Dalam 100 orang kot.11.30 am doa selamat, 12.00 makan, 3.00 pm ke rumah perempuan’
`OK.Hantaran dah gubah?’
`Baru nak antar tengah hari ni’
`Theme colour apa?’
`Green
`My baju dah tempah ke...’
`Belum.Nak tempah hari ni gak’
`Yang ada lining tu ye ?’
`Yela, mana ada baju green yang lain’
`OK then’

Saya berbalas SMS dengan Ma pagi ni.Nampaknya persiapan majlis pertunangan dah mula. Cuma saya tak rasa sibuk pun sebab duduk jauh.Balik rumah pun sehari sebelum majlis.Sempat je kot. Saya pulak yang tumpang excited walaupun bukan majlis saya.Sibuk melihat fotopages dan sites orang yang bisnes wedding doorgifts, cakes, souvenirs dan hantaran kahwin.Nak tumpang meriahkan majlis abang tersayang.Cumanya Ame pilih favourite colour saya (habis, majlis saya nanti nak pakai warna apa??Chis emo pulak.Hehe ).Semoga segalanya berjalan lancar, Insya Allah.
Bagus la tu.Perkara baik tak elok dilengahkan...:)

Sabda Rasulullah saw :
“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

P/S : Majlis saya??Hahahahahahaha.Masih tiada dalam perancangan.Buat masa terdekat.Haha

1 comment:

sufinah said...

ada majlis jgn lupa jemput saya =D