Wednesday, November 22, 2006

Saya sudah jatuh cinta


Saya sudah jatuh cinta dengan sejarah,politik dan sastera.Gabungan ketiga-tiganya menghasilkan suatu medium yang sangat indah dan sarat pengajaran serta pengetahuan untuk sepanjang zaman.

Bukanlah nak cakap saya pandai dalam bab-bab ni, baca pun setakat genre politik yang general dan sastera yang ringan –ringan saja.Untuk menghayati karya-karya agung Hamka, A. Samad Said mahupun Shahnon Ahmad, rasanya masih belum layak.Sebelum ni saya mengaku tak pernah berminat nak membaca genre novel Melayu, kerana mengaggap novel Melayu tidak up to standard dan tidak menarik gaya bahasanya.Kalah berbanding best sellers Inggeris yang selalu kita jumpa di MPH dan Kinokuniya (kebanyakan buku di kedai ini adalah English literature-sudah tentu!).Namun setelah mencuba dan merasai sendiri buku-buku berbahasa Melayu yang tinggi kualiti dan nilai sasteranya, saya tahu saya sudah jatuh cinta.

Dahulunya saya mengagungkan Sidney Sheldon dan John Grisham yang merupakan penulis-penulis best sellers, rasanya bagi peminat novel English thrillers mereka ni memang tak asing lagi.Juga penulis genre ringan dan trendy seperti Francine Pascal (siapa yang tak teruja dengan Sweet Valley Series pada era 1990-an??), Sophie Kinsella (Shopaholic series) dan Sue Townsend (Adrian Mole series). Pakar dalam membuat orang tak tidur malam untuk habiskan novel yang setiap satu lebih dari 400 muka surat.Hampir semua novel mereka telah saya baca.Tapi akhirnya saya membuat rumusan bahawa kebaikan karya-karya seperti ini hanyalah meningkatkan daya imaginasi pembaca dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seseorang (untuk seorang yang bukan English-literate seperti saya).Tidak lebih dari itu.Oh ya, dan menyebabkan seseorang menghabiskan lebih RM40 untuk satu buku (baru satu buku, kalau 20-30 buah buku??). Dan saya tak katakan ianya membazir, kerana bagi saya setiap sen yang dikeluarkan untuk membeli buku (walau apa jenis buku, ya buku, bukan komik atau majalah atau adik beradiknya) merupakan pelaburan terlalu bernilai untuk sepanjang hayat.

Cubaan pertama saya adalah membaca buku-buku karya Faisal Tehrani, yang saya fikir sangat bagus dan tinggi nilai sastera dan terserlah kematangan penulis. Sekadar mengambil contoh buku Surat-surat Perempuan Johor-kesan yang sama saya rasakan dahulu bila membaca karya Sheldon, Grisham dan Kinsella.Tak tidur malam dibuatnya untuk menghabiskan satu buku. Berkisar tentang Kesultanan Melayu Johor dan kaitannya dengan empayar terakhir khilafah Islamiah-Kerajaan Turki Uthmaniyyah.Kebetulan saya sedang membaca tentang sejarah kejatuhan kerajaan terakhir Uthmaniyyah itu sehingga dalang di sebalik konspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid sehingga baginda dianggap pengkhianat bangsa (sampai hari ini).Yang menarik dan satisfying tentang pengajian sejarah adalah, setelah merujuk pelbagai sumber dan rujukan-jika benar dan tepat pengkajian yang dilakukan- everything will fell into pieces.Kita akan segera memahami mengapa ini dan mengapa itu.Sangat puas hati.

Serta best seller IndonesiaAyat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Shirazy) bagi saya sesuatu yang wajib dibaca terutama golongan yang umurnya seangkatan dengan saya.Tidak terlalu muda, dan bukan terlalu dewasa, bahasanya mudah bersahaja dan rasanya ramai juniors di kampus pun terlebih dahulu telah membaca buku ini.Bukan unsur romantis yang sedikit ada menjadi tumpuan (kalau itu yang saya cari, sudah tentu dah habis almari buku mak saya selongkar.Cakap je apa novel remaja terbaru karya Nia Azalea, Aina Emir, Norhayati Berahim dan macam-macam lagi-semuanya ada.Tapi bukan itu minat saya), malah unsur sastera, poetic verses dan gambaran di luar negara yang sangat terperinci itu sungguh menarik hati saya. Hal yang sama untuk karya Zaid Akhtar, Nisah Haron dan ramai lagi. Sungguh, Melayu belum ketandusan penulis berpotensi untuk mengulang kegemilangan sastera Melayu sejak era Hang Tuah dahulu.

Pesan saya, jangan segan untuk mencuba kalau anda teringin untuk menghayati sastera Melayu.Baca je, dan kemudian kamu boleh komen. Sebolehnya kurangkan komik, manga, anime dan sebagainya- unsur tersebut hanya merosakkan fikiran dan tidak ada nilai seni dan kemanusiaan langsung.Mungkin hanya sesuai untuk merehatkan fikiran setelah lama fokus melakukan sesuatu, namun bukan lah sebagai medium utama di masa lapang.Cuma cadangan, terpulang untuk semua menilai (^^).

4 comments:

Ainul Hafiz said...

congrats shah.... long time since i had my hands on a new book.. targetting Faisal Tehrani's Kekasih Sam Po Bo for my next meal...

Shahira I. said...

really??heh i'm thinking to get Kekasih Sam Po Bo in a great Pakej Sasterawan-dapat gak Nisah Haron's Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus n Pak Samad's (ala tak ingat tajuk die) for RM50!-further info at Ujana Ilmu.com.my-OK gak tu kan?Tapi tengah save budget nie...maybe later kot :P

Ainul Hafiz said...

heh... ive used Ujana Ilmu earlier than you.. cube check ruangan testimonials dier.. ader aku nye skali :P tatau laaa kalo die dah buang :)

/me tak baca pon Hujan Pagi Pak Samad... heavy sangat.. tp ade Mencari Locus Standi - Nisah Haron

Shahira I. said...

yeke?heheh kamu memang sasterawan ulung..best ke locus standi??
p/s:dah ada ke kekasih sam po bo? nak pinjammmmmm!!hehe