Thursday, December 14, 2006

28 penerbangan Air Asia ditunda??


Perkara ini bukannya sesuatu yang baru,malah sebagai pelanggan biasa AirAsia saya rasa boleh bilang dengan jari setiap penerbangan yang tepat pada masa.Yang lain semuanya mesti delayed, kadang-kadang sampai lebih 2 jam.Itu untuk penerbangan KL-Penang-KL, bagaimana pula dengan penerbangan ke destinasi yang lebih jauh?

Apabila ibu saya telefon kelmarin dan bertanyakan hal ini, saya agak tenang menjawab.Biasalah tu, lusa (Jumaat) ok la kot.Kemudian bila baca laporan di akhbar-akhbar tempatan, rasa marah pula.Masalahnya, apabila kebiasaan delay ini terjadi,penumpang tak diberitahu lebih awal.Padahal semestinya kakitangan Air Asia dah tahu pasal ni memandangkan flight dari KL tak sampai lagi,seterusnya boleh beritahu penumpang secepat mungkin. Tidaklah kita tertunggu-tunggu sebab masing-masing pun mengejar masa.Pernah saya dijadualkan naik flight jam 10.20 malam suatu malam Jumaat, kemudian kapal terbang delayed sehingga jam 12.30 malam!Bayangkan betapa lama saya dan penumpang lain perlu tunggu.Saya ni pun kira OK lagilah, tunggu berjam-jam pun takpe, orang muda, seorang pula tu.Kasihan sangat tengok ibu yang bawa anak-anak kecil dan warga tua yang ada.Semestinya mereka penat menunggu, sudahlah lambat beritahu, tiada complimentary food pula tu.Sudahnya, hampir pukul 3 pagi jugalah saya tiba di rumah.

Worse case, pernah sekali ibu dan adik saya ke Penang untuk bercuti dan melawat saya, mereka telahpun boarding ke dalam kapal terbang dan dan pesawat dah pun bergerak untuk berlepas.Tiba-tiba kapal terbang terlanggar tangga untuk penumpang naik ke pesawat dan terus pesawat diberhentikan untuk pemeriksaan lanjut.Sudahnya, penumpang-penumpang yang dah boarding ni disuruh keluar semula dan tunggu pesawat lain untuk ke Penang.Mujur diberikan kupon makanan sementara menunggu lebih dua jam.Memang, ini dikira masalah teknikal dan tak boleh dielakkan, tapi bukankah ini juga antara aspek yang perlu diambil kira oleh syarikat penerbangan? Manakah kebajikan, keselesaan dan layanan terhadap penumpang??

Apapun saya pernah buat kesimpulan dengan keluarga saya, macam mana orang kutuk pun Air Asia ni sebab sering delay dan layanan kurang memuaskan, orang tetap akan naik Air Asia.Sebab tambangnya murah dan flight yang kerap.Sudahlah ada satu saja perkhidmatan pesawat tambang murah di Malaysia ni.Kiranya, kita tiada pilihan lain.Buktinya, hampir setiap kali saya naik Air Asia, penumpang memang penuh setiap seat, walaupun free seating (macam naik bas.Oh, sesetengah bas ekspres pun ada seat allocation!)Nak naik MAS? Aduh, takpayahlah. Purata tambangnya 2 kali ganda Air Asia.Lebih banyak prosedur dan leceh pula.

Kalau macam ni perkhidmatan pengangkutan yang disediakan menjelang Visit Malaysia 2007, adakah anda rasa ianya berbaloi untuk menyambut kehadiran hampir sekali ganda pelancong asing di Malaysia, kurang 20 hari saja lagi? Mungkin kita patut mengundi di sini dan lihatlah hasilnya.

No comments: