Thursday, December 21, 2006

Selatan yang banjir

Sedang kita bersenang-senang di sini, ramai saudara kita menderita kerana banjir terburuk dalam sejarah sejak seabad lalu.Siapa yang pernah dengar Johor,Melaka, NS (ohh negeri ku yang tercinta) banjir teruk?? Memang ada, tapi jarang sekali.Banyak jalan-jalan utama ditutup, dan mengikut berita pagi tadi lebih 60000 orang telah dipindah ke pusat penempatan banjir sementara.Juga lima orang telah terkorban akibat banjir yang melanda secara tiba-tiba ini.

Syabas dan tahniah untuk badan-badan NGO yang bertindak cepat membantu mangsa banjir ini, contohnya MERCY Malaysia yang telah memulakan khidmat klinik bergerak, ahli politik, NGO dan orang-orang perseorangan lain.Untuk anda yang tak berpeluang menolong terus di selatan Malaysia, bolehlah memberi sumbangan wang di sini dan...hmm alamak saya tak berjaya cari website lain untuk pertolongan jarak jauh banjir ni.Tambahan pula di pantai timur Semenanjung pun dah mula banjir, mungkin anda sendiri boleh jadi sukarelawan atau hulurkan sebarang bantuan untuk membantu mereka.Atau setidak-tidaknya, doakanlah keselamatan dan keteguhan hati mereka dalam menghadapi musibah ini.

Eh..dalam keributan banjir di Malaysia ni, mana PM kesayangan kita? Oh pergi bercuti rupanya.

Meh la balik Pak Lah, meh kita pakat pi tolong rakyat jelata ni.Katapun bekerja bersama rakyat, takkan rakyat dok susah kita pi holiday kot?

Anda mahu undi yang biru tu?? Fikir la sendiri.

1 comment:

Shahira I. said...

Updates:
Pak Lah dah balik minggu lepas.BEliau memendekkan cuti utk jenguk rakyat yg sedang mengharung banjir di selatan tanah air.Namun tiada kredit diberikan kepada beliau kerana memang itu tanggung jawab beliau.Sekian sari berita utama.Terima kasih.